
PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat langkah kerajaan mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing mampu mengurangkan masalah pendatang asing tanpa izin (Pati), namun mesti diimbangi dengan penguatkuasaan yang betul.
Ini penting kerana wujud majikan yang cuba tidak membuat pendaftaran pekerja asing dengan alasan kaedah pendaftaran dan ‘pemutihan’ yang rumit, kata Aimi Zulhazmi Rashid daripada Universiti Kuala Lumpur.
“Kalau tiada penguatkuasaan, nanti bertambah lagi Pati kerana majikan ingin mengelakkan kos yang bertambah tinggi,” katanya kepada FMT.
Aimi juga percaya caruman mandatori ini akan dapat menarik tenaga kerja mahir, kerana ia beri taraf kebajikan yang lebih baik.
Beliau bagaimanapun menyarankan kerajaan memberi masa kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang terkesan dengan pelaksanaan gaji minimum…