Hot FM

Caruman KWSP pekerja asing perlu penguatkuasaan betul, kata pakar


kwsp-epf
Langkah mewajibkan caruman KWSP bagi pekerja asing akan dapat menarik tenaga kerja mahir, kata pakar ekonomi.

PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat langkah kerajaan mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing mampu mengurangkan masalah pendatang asing tanpa izin (Pati), namun mesti diimbangi dengan penguatkuasaan yang betul.

Ini penting kerana wujud majikan yang cuba tidak membuat pendaftaran pekerja asing dengan alasan kaedah pendaftaran dan ‘pemutihan’ yang rumit, kata Aimi Zulhazmi Rashid daripada Universiti Kuala Lumpur.

“Kalau tiada penguatkuasaan, nanti bertambah lagi Pati kerana majikan ingin mengelakkan kos yang bertambah tinggi,” katanya kepada FMT.

Aimi juga percaya caruman mandatori ini akan dapat menarik tenaga kerja mahir, kerana ia beri taraf kebajikan yang lebih baik.

Beliau bagaimanapun menyarankan kerajaan memberi masa kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang terkesan dengan pelaksanaan gaji minimum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version