
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook memuat naik catatan Facebook mengandungi peribahasa Melayu dengan maksud tersirat selepas bekas Ahli Parlimen dua penggal, Ong Kian Ming, meninggalkan parti itu.
Loke menggunakan peribahasa “Habis madu, sepah dibuang” yang lazimnya digunakan untuk menggambarkan keadaan seseorang ditinggalkan selepas tidak berguna lagi.
Catatan itu mendapat respons warganet, dengan ramai bertanya sama ada ia ditujukan kepada Ong.
Pagi tadi, Ong yang menyertai parti itu pada 2012, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli DAP berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, beliau tidak bercadang menyertai parti politik lain atau bertanding pada PRU16, tetapi akan membantu bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkempen pada…