Megat Rahim – Sinar
Dari penyanyi yang masih muda remaja Megat Rahim bersiap sedia untuk terus menghiburkan anda di sessi Jamming Hot.
Dari penyanyi yang masih muda remaja Megat Rahim bersiap sedia untuk terus menghiburkan anda di sessi Jamming Hot.
Nak tahu tak cara Khai Bahar menghilangkan rasa sunyi ialah dengan memelihara kucing. Biar kucing jadi penemannya ketika di rumah. Khai juga bagitahu belum sampai masanya untuk dia memikirkan teman istimewa kerana ingin memberi tumpuan kepada karier nyanyian.
Anta Permana perkataan melayu klasik yang membawa maksud Infiniti adalah lagu hasil ciptaan 2 komposer muda, Hael Hussaini & Ezra Kong. Ini adalah salah satu usaha daripada Dato Siti untuk memperkenalkan kembali perkataan klasik yang jarang digunakan. Walaupun memfokuskan kepada objektif 'klasik" namun ia adalah lagu yang segar, catchy dan unik dengan gabungan muzik moden dan klasik.
Penyanyi asal Shah Alam ni bagitahu, proses rakaman untuk lagu Kepuraanmu ini berlangsung selama dua bulan. Ini kerana dia gementar kerana pertama kali masuk studio, maka terpaksa diulang rakam lagu itu sebanyak tujuh kali sehingga penerbit berpuas hati. Jom layan lagu ini di sessi Jamming Hot.
Lagu yang merungkai emosi vokalis grup ini, Akim Ahmad berikutan pemergian ibu dan neneknya yang tercinta hingga memberi inspirasi kepadanya mencipta lagu. Katanya biarpun biarpun kesedihan itu terlalu sukar untuk digambarkan, namun kita harus bangkit meneruskan hidup demi keluarga tercinta. Menerusi lagu ini apa yang ingin disampaikan ialah meminta kita untuk pasrah dengan ketentuan Allah.
Demi menghasilkan lagu Sampai Bila ini, Misha Omar sanggup kembali masuk kelas vokal bagi memperbaiki mutu vokal suaranya disamping pelbagai ujian yang dihadapi ketika merakamkan lagu ini. Berhibur dengan lagu yang diangkat sebagai Vokal Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu Ke 33
Penangan Hael Hussaini membuatkan lagu yang dianggap introduction untuk perjalanan seninya secara solo - Jampi adalah lagu yang menjadi siulan pendengar dan lagu yang dianggap memorable. Impak lagu ini bukan saja populariti malah melodi serta susunan dan penyampaian lagu yang baik membuatkan lagu ini diangat menjadi Juara Anugerah Juara Lagu ke 32.