Alcaraz tarik diri Terbuka Barcelona
Barcelona: Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz terpaksa menarik diri daripada Terbuka Barcelona selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan yang semakin serius, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap persiapan mempertahankan kejuaraan di Roland Garros.