Imbas untuk muat turun aplikasi

Jamming Hot

70 Results / Page 4 of 8

Jamming Hot

Ilusi – IamNeeta

Haa korang jangan ingat band IamNeeta dah berpecah tau bila Neeta masuk Big Stage 2019! IamNeeta still ada! Before ni single Sakit yang maraih juta view di Youtube mengisahkan tentang kisah percintaan yang penuh dengan rasa kekecewaan and kalini single Ilusi ni pulak mengenai pasangan yang saling mengharapkan kesempurnaan masing-masing dalam perhubungan. Dengarkan Ilusi versi Jamming Hot hanya di Youtube Hot TV!

today29 October 2019

Jamming Hot

Andai Nanti – Mu’izz

Kalau korang penonton setia I Can See Your Voice Malaysia 2 korang mesti dah tahu best atau tak suara Mu’izz ni kan? Haa pemenang ICSYVMY2 ni baru je keluarkan single beliau, Andai Nanti. Lagu ni merupakan hasil ciptaan Aaron Jiam, dan penulis lirik oleh Fedtri Yahya. Wahh nama yang hebat tu! Mu'izz ni baru je berumur 17 tahun dan akan amik SPM tahun ni tauu. Goodluck Mu'izz dan semoga berjaya […]

today21 October 2019

Jamming Hot

Seperti Ini – Fieya Julia

Selepas nama Fieya Julia meningkat naik menerusi single Perasaanku, peserta Big Stage musim ke-2 ni muncul dengan single terbaru beliau, Seperti Ini! Kalau korang nak tahu, lagu Seperti Ini ni sambungan kepada Perasaanku. Wahhh! Lirik dia memang deep.....siapa boleh relate lagu ni macam min boleh angkat tangan! So guys, jom tengok single Seperti Ini versi Jamming Hot di Youtube Hot TV!

today21 October 2019

Jamming Hot

Sumpah – Aina Abdul

Setelah menyepi buat seketika, bintang kelahiran Mentor Legend 2014, Aina Abdul kembali dengan single terbaru! Menerusi single Sumpah ni, Aina banyak menyelitkan elemen kemurungan dan juga mengenai penyakit Skizofrenia dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Jom dengarkan Sumpah versi Jamming Hot di Youtube Hot TV sekarang!

today21 October 2019

Jamming Hot

Selamanya – Usop

Bekas peserta Mentor Milenia 2017, Usop terus mencuri perhatian peminat industri tanah air menerusi single terbarunya, Selamanya. Rupanya lagu mengisahkan tentang seorang lelaki yang masih setia dalam percintaan walaupun harapannya tidak kesampaian and lagu ni jugak merupakan kesinambungan kepada lagu Usop Aku Yang Bersalah yang pernah dilancarkan tidak lama dahulu. Kalini Hot FM bawa kan korang Selamanya versi Jamming Hot, jom check out full video ni guys!

today8 October 2019

Jamming Hot

Tak Pernah Mengalah – Yazid Izaham

Wah untuk Jamming Hot kalini kita bawakkan Yazid Izaham untuk korang! Yazid Izaham antara bintang BBNU tau. Lagu Tak Pernah Mengalah, dengan suara dia yang lunak tambah pulak lirik lagu yang sangat deep, memang boleh buat cair! Apa lagi guys, jom dengarkan Tak Pernah Mengalah versi Jamming Hot di Youtube Hot TV!

today7 October 2019

Jamming Hot

Khayal – Stacy

Kalau korang nak tahu, lagu Khayal ni tentang cabaran dan kesakitan yang perlu dilalui someone dalam menghadapi dunia realiti. Kalau korang hayati lirik dia, memang deep sangat. Stacy juga bagitahu yang lagu ni menceritakan tentang macam mana sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah dan kecewa. Kalau boleh kita nak lari dari segala masalah. Boleh related dengan kita semua juga kan? So kalini, jom kita dengar Khayal versi akustik […]

today23 September 2019

Jamming Hot

Kau Sakiti – Amir Masdi

Korang dah dengar belum lagu Kau Sakiti, Amir Masdi ni? Kalau belum, korang kena dengar cepat! Kalau yang tengah patah hati tu, lagu ni memang sesuai la kalau korang nak layan perasaan. Lirik dia deeep sangat! Lagi lagi kalau korang dengar versi Jamming Hot ni, haih confirm boleh menangis. So jom layan Kau Sakiti version Jamming Hot ni guys!

today23 September 2019

Jamming Hot

Takkan Terlerai – Ernie Zakri & Syamel

Pemenang Vokal Terbaik AJL32 menerusi lagu Aku Cinta, Ernie Zakri & Syamel kini kembali lagi dengan duet kedua mereka! Dengar cerita, lagu ni ambil persediaan selama setahun untuk cari lagu yang sesuai untuk mereka. Takkan Terlerai ini juga dapat positif feedback daripada para pendengar,lagi-lagi yang dah layan Jamming Hot dekat Youtube. Korang memang terbaik!

today5 September 2019