Imbas untuk muat turun aplikasi

Jamming Hot

70 Results / Page 5 of 8

Jamming Hot

Hutang – Floor 88

Lagu ni boleh relate kan? Ada kes pasal ni ke? Rasanya ini adalah masalah sejagat kan? Sama yang berhutang atau pemiutang memang terasa lah. Kita patut ucap terima kasih kepada Floor 88 dengan munculnya lagu ini sekurang-kurangnya lagu ini adalah modal untuk kita kutip hutang, tak segan sangat kita nak mintak balik duit kita tu ye tak. Kali ni untuk versi jamming tentunya kami berikan eksklusif untuk anda. Sila layan […]

today19 August 2019

Jamming Hot

Sewindu – Tulus

Tulus - artis seberang yang semakin menempa nama di Malaysia kini siap menghangatkan sessi Jamming Hot menerusi lagu Sewindu yang membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia. Tahun 2019 merupakan tahun ke 8 Tulus berada dalam industri muzik, moga sukses terus ya.

today15 August 2019

Jamming Hot

Ragaman – Faizal Tahir

Ekslusif untuk kalian yang selalu follow Jamming Hot, kami dengan bangganya nak katakan versi Ragaman yang anda nak tengok ni adalah versi yang belum ada kat mana-mana lagi. Thank you Bapak Faizal Tahir persembahkan sesuatu yang sangat istimewa untuk kami. Enjoy ok dengan versi ni, moga-moga anda akan terus repeat untuk tengok dan dengar!

today15 August 2019

Jamming Hot

Ratu – Faizal Tahir

Secara eksklusif di Jamming Hot, kami ada Faizal Tahir untuk anda. Terima kasih Faizal Tahir di atas kesudian untuk menjayakan sessi ni dan persembahkan lagu Ratu buat kita semua. Walaupun sudah buat keputusan untuk tidak ada album lagi selepas ini, tapi hey karya-karya Faizal Tahir akan selalu ada untuk kita. Min tak nak cakap banyak dah.. tapi nak korang enjoy dengan lagu ini khas untuk semua. Dan bila lagu ini […]

today13 August 2019

Jamming Hot

Sumpah – Naim Daniel

Lagu yang ditulis berdasarkan kisah benar percintaan Naim Daniel sebelum ini. Ye, ada pertikaian mengenai lagu Sumpah ini, tapi bukan itu yang ingin Min rungkaikan. Boleh baca kenyataan dari kedua belah pihak kalau mau sebab ada ceritanya. Tapi apa yang Min nak, korang layan la versi Jamming Hot ni, memang membuai perasaan pada setiap yang mendengarnya. Enjoy ya kawan-kawan.

today13 August 2019

Jamming Hot

Teguh Setia – Muna Shahirah

Bakatnya dicungkil dari salah sebuah program realiti dan kini Muna Shahirah sudah punya single yang mampu memikat penikmat muzik. Terima kasih Muna melengkapi list Jamming Hot kali ini. Antara yang menarik mengenai Muna ni, dia pun macam kita-kita marhaen ni juga yang mana dia suka nyanyi dalam tandas! Min pernah semeja dengan Muna masa buka puasa tahun ni, ternyata dia seorang yang peramah umpama pop corn. Ada saja yang dikongsikan […]

today16 July 2019

Jamming Hot

Bukan Cinta Aku – Dinie & Khai

Yang istimewa kami berikan kepada kalian untuk sessi ekslusif artis di Jamming Hot ini, yang mana kali ini lagu adalah lagu dari OST drama Bukan Cinta Aku. Dari Dinie dan Khai yang tidak melihat kekurangan mereka untuk melontarkan vokal dan memberikan feel kepada penikmat muzik lagu berentak balada. Benarlah kekurangan bukan ukuran tapi bakat mengatasi segalanya. Enjoy lagu ini tentunya di Jamming Hot!

today12 July 2019

Jamming Hot

Pulang – Insomniacks

Tercalon dalam kategori Band Terbaik menerusi penganjuran Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) di Singapura pada tahun lalu, menjadi momen manis buat band Insomniacks ini. Mendapat banyak tontonan di Youtube untuk lagu Pulang adalah langkah progresif buat band ini. Apabila ditanya apa yang menarik mengenai lagu Pulang, mereka mengatakan lagu ini lebih banyak disuntik bunyi-bunyian gitar dan orkestra. Malah, liriknya juga mempunyai maksud tersirat untuk ditebak pendengar. Tidak meletakkan sebarang jangkaan […]

today9 July 2019

Jamming Hot

Jauh – Aziz Harun

Aziz Harun kembali commit untuk sesi Jamming Hot yang mana kali ni menyampaikan lagu OST drama 30 Pesanan Suara. Min dengar-dengar lagu ini ditujukan buat bekas kekasih Aziz Harun ni. Woaaah, cinta tersemat kental dalam hati ya? Tapi ok apa, bagi lagu untuk ex, takde salah pun. Itu namanya kreativiti. Yang penting message yang nak disampaikan tu... kisah-kisah ex adalah reference untuk dapatkan idea. Lagu yang mendapat sentuhan Ezra Kong […]

today25 June 2019