Imbas untuk muat turun aplikasi

Jamming Hot

70 Results / Page 7 of 8

Jamming Hot

Tetap Kamu – Amylea Ft. Megat (OST Nur 2)

Tertekan mencari pengganti untuk duet bagi OST Nur 2 menyebabkan Amylea hampir give up. Dia nyaris menolak untuk projek tersebut kalau tidak bertemu penyanyi yang betul-betul sesuai, alasannya ialah tidak mahu tangkap muat. Hasil kesabaran membuahkan hasil apabila bertemu gandingan vokal yang sesuai iaitu Megat Mentor. Tetap Kamu merupakan kesinambungan bagi lagu Tak Pernah Hilang gandingan Amylea dan Kaer sebelum ini. Kali ini kami persembahkan kepada anda menerusi Jamming Hot, […]

today25 April 2019

Jamming Hot

Peneman – Hazama

Peneman antara buah tangan terbaru daripada Hazama yang mana pada Mac lalu turut menjayakan Hot FM Big Jam. Lagu yang diangkat sebagai lagu tema drama bersiri Asalkan Dia Bahagia lakonan Ayda Jebat itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Tam Spider. Lagu genre balada rock ini dilengkapi dengan vokal serak-serak basah Hazama, mengambil inpirasi dari pengalaman cintanya sendiri untuk menyampaikan lagu ini bagi menterjemahkan rasa cinta seorang lelaki terhadap teman hidupnya.

today15 April 2019

Jamming Hot

Saat Bahagia – Ippo Hafiz ft Sheryl Shazwanie

Lagu dari OST Pujaan Hati Kanda merupakan lagu yang dihasilkan oleh Ippo Hafiz sebagai luahan hatinya ketika awal perkenalan dengan Fara yang juga model untuk video muzik lagu ini. Ippo tidak menduga lagu yang dihasilkan ketika berkenalan dengan Fara Roslan menjadi doa yang membawa mereka ke jenjang pelamin

today17 March 2019

Jamming Hot

Perasaanku – Fieya Julia

Penyanyi asal Kuching Sarawak ini aktif berkongsi video lagu cover di laman Youtube sejak tahun 2012. Sejak Perasaanku dimuatnaik di Youtube pada Julai 2018 yang lalu, ianya telah ditonton lebih 970,000 kali. Tonton juga versi live daripada Fieya Julia di Jamming Hot

today12 March 2019

Jamming Hot

Drama Band – Drama

Jalan cerita untuk video klip lagu daripada Drama Band ini dianggap menangguk di air keruh kerana mempersenda beberapa selebriti yang pernah berdepan kontroversi. Namun mesej tersirat yang ingin ditampilkan ialah karektor badut dalam video terbabit dengan menggunakan watak lain untuk menutup keburukannya. Namun yang paling utama lagu dan melodi untuk karya Drama kali ini tampak semakin 'senior' dan membuatkan lagu ini mendapat tempat di hati penikmat muzik. Enjoy sessi Jamming […]

today4 March 2019

Jamming Hot

Amir Masdi – Puas

Amir Masdi pernah juarai sebuah program realiti pada tahun 2016 dan pernah keluarkan single lain sebelum ini. Terus mengorak langkah, Amir pertaruhkan pula lagu Puas untuk penikmat muzik terus menghayati karyanya.

today15 February 2019

Jamming Hot

Dinda – Masdo

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 pantas meraih populariti walaupun masih β€˜hijau’ dalam arus perdana. Kumpulan yang memperjuangkan genre pop klasik dengan mengambil aura lagu Melayu era 1960-an digabung dengan pop masa kini sebelum ini dikenali sebagai The Lipstik

today12 February 2019

Jamming Hot

Ara Johari – Paku

Lagu yang mengisahkan perasaan cinta seorang lelaki yang terpendam terhadap pasangannya. Jejaka tersebut sanggup menunggu bertahun lama dan tetap berusaha untuk menambat hati wanita yang diingininya. Lirik lagu ini ditulis oleh Ara sendiri bersama Shasha K. Enjoy versi akustik menerusi Paku hanya di Jamming Hot!

today5 December 2018

Jamming Hot

Andi Bernadee – Satu Peluang

Andi pernah menjadi peserta di pentas besar namun tidak berjaya menjadi finalis. Sungguhpun begitu dia memperoleh jumlah peningkatan pengikut yang menggalakkan hingga mencecah ratusan ribu. Enjoy lagu berentak reggaeton daripada Andi Bernadee hanya di Jamming Hot!

today21 November 2018