Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cawangan Khas tak siasat dakwaan kaitan Syiah Amri, mahkamah diberitahu

today12 June 2024

Background


Norhayati Ariffin menyaman kerajaan, polis dan beberapa pihak lain atas kehilangan suaminya Amri Che Mat pada 2016.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bahagiannya tidak ditugaskan untuk menyiasat dakwaan kaitan dengan Syiah aktivis hilang, Amri Che Mat.

Awaludin Jadid, yang sebelum ini mengetuai bahagian pelampau sosial Cawangan Khas, berkata unitnya hanya ditugaskan untuk “memantau, mengumpul dan menyebarkan” maklumat risikan berhubung aktiviti ekstremisme dalam negara kepada agensi berkaitan.

Beliau berkata tiada seorang pun pegawai di bahagiannya, yang dikenali E2, menyertai operasi penahanan.

“Saya tidak terima maklumat khusus mengenai Amri daripada (pegawai polis) Razman Ramli, hanya maklumat keselamatan am di Perlis,” kata Awaludin dalam keterangannya.

Beliau memberi keterangan dalam saman difailkan isteri Amri, Norhayati Ariffin, terhadap polis, kerajaan dan beberapa pihak lain, termasuk dirinya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen


Previous post