Mesti korang semua dah familiar dengan permainan Bottle Flip Challenge kan?
Permainan ini menguji kemampuan seseorang untuk mengembalikan posisi asal botol yang berisi air secara menegak selepas dibaling.
Untuk pengetahuan, permainan ini pertama kali dicetuskan oleh seorang pelajar bernama Mike Senatore sebelum menjadi sensasi dan viral di media sosial.
Terbaru, menerusi perkongsian video oleh @abe_lani di Twitter, warganet dikejutkan dengan aksi seorang nenek yang berhasil melakukan Bottle Flip Challenge ini!
Bila semua cucu dah balik ke bandar. pic.twitter.com/3nSzhrpWny
— Lani (@abe_lani) June 11, 2019
“Bila semua cucu dah balik ke bandar,” tulisnya pada status.
Lantas, rata-rata netizen melontarkan pelbagai komen dan reaksi sejurus melihat aksi sempoi nenek itu.
Makcik ni deserved sorakkan mat
— Firdaus Amir (@firdausamirrr) June 11, 2019
tok memang pro arr!
— Dahlia (@yemmmaaa) June 12, 2019
nasib nenek ni tak tambah dab je lepas berjaya tu😂😂😂
— FIKREEBUKANFIKRI (@fikreez94) June 12, 2019
nenek is so cool nenek
— Fizzy Park (@Fizz099_) June 11, 2019
Ternyata permainan ini tidaklah mudah dilakukan termasuk orang dewasa sekalipun kerana ia memerlukan skill okay!
Tak percaya? Cubalah!
Post comments (0)