
PETALING JAYA: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) KK Mart Sungai Isap, Kuantan, yang dilempar bom petrol pada Sabtu, gagal merakam jumlah suspek terlibat, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.
Katanya, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan empat individu, termasuk pengadu dan saksi kejadian.
“Bagaimanapun, kita cuba untuk mendapatkan CCTV dari tempat lain yang ada merakamkan kejadian itu,” katanya menurut Harian Metro di Ramadan Mahkota Square, Kuantan.
Beliau berkata, pihaknya turut mempertingkatkan rondaan di 15 cawangan KK Mart di Pahang.
“Di Pahang, KK Mart mempunyai 15 cawangan KK Mart dan dua stor yang berada di Kuantan dan Bentong,” katanya.
Katanya, pihak KK Mart juga telah menambah ciri keselamatan di premis mereka termasuk menambah CCTV seperti disarankan polis.
“Saya…