Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cef Malaysia ditahan edar kanabis di Mauritius

today29 October 2026

Background


Suspek ditahan di Mauritius selepas tiba menaiki penerbangan dari Dubai. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:

Seorang cef warga Malaysia ditahan di Mauritius kerana didakwa mengedar 17.88kg kanabis bernilai kira-kira RM2.18 juta yang ditemui dalam bagasinya.

Suspek ditahan Jumaat lalu sebaik tiba menaiki penerbangan dari Dubai pada 3pm, menurut laporan portal media Mauritius Defi Media.

Pihak berkuasa turut merampas telefon bimbit suspek dan wang tunai 8,150 rupee Mauritius (kira-kira RM700), selain mata wang Malaysia dan Thai.

Portal berita itu turut melaporkan polis cuba mengumpan pihak yang sepatutnya menerima dadah berkenaan menggunakan bahan terlarang yang dirampas dalam satu operasi, namun gagal apabila tiada sesiapa datang mengambilnya.

Ini merupakan kali kedua penahanan seumpama itu melibatkan warga Malaysia di Mauritius.

Pada 15 Sept lalu, seorang warga Malaysia berusia 76 tahun ditahan di lapangan terbang sama setibanya dari Kuala Lumpur.

Pihal berkuasa merampas 6.18kg…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Son Heung-min kekal kapten Korea Selatan

Seoul: Son Heung-min akan terus menyandang tugas kapten Korea Selatan walaupun timbul laporan mengenai ketegangan antara bekas penyerang Tottenham itu dengan rakan sepasukan seniornya, kata pengendali Robert Moreno hari ini.

today29 October 2026