Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Cekap Sediakan Juadah Raya, Intan Najuwa Dilabel Calon Menantu Ada Pakej Lengkap!

today12 May 2022

Background

Bukan sahaja cantik, bijak dan berbakat dalam bidang lakonan pelakon, Intan Najuwa sekali lagi meraih pujian dalam kalangan warganet apabila beliau memuat naik hantaran video memasak juadah raya di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Perkongsian video berdurasi 37 saat itu juga kini telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan pelbagai komen positif yang ditinggalkan oleh peminat dan followers beliau.

@intannajuwaaaMe & mama di malam raya πŸ˜‚

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Malah, rata-rata warganet menyifatkan Intan sebagai calon menantu ‘limited edition’ kerana dilihat tidak kekok ketika beraksi di dapur.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang sempat berseloroh bahawa pelakon drama rantaian popular Setelah Ku Dimiliki ini mempunyai pakej yang lengkap untuk ‘demand’ hantaran yang tinggi kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup Turun Kereta Untuk Bergambar Dengan Peminat, Netizen Puji Sikap Humble Intan Najuwa

Terdahulu, Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, turut mencuri perhatian kerana sanggup berjumpa peminatnya yang juga pekerja pandu lalu Starbucks walaupun hanya menyarungkan baju tidur.

Written by: Salma