
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat teknologi maklumat kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM800 hingga RM1,500 sebagai balasan membantu majikan atau ejen dalam proses mendapatkan kuota pekerja asing.
Daripada jumlah itu, seramai enam suspek termasuk dua wanita direman tiga hari manakala dua lagi suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.
BERITA LANJUT MENYUSUL