Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cermin diri sebelum melabel orang lain gagal, Shahril beritahu Muhyiddin

today19 September 2022

Background



Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata, Muhyiddin Yassin perlu mempunyai idea yang lebih baik dalam membantu memulihkan kewangan negara.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin digesa untuk β€˜cermin diri’ terlebih dahulu sebelum melemparkan label kegagalan terhadap Ismail Sabri Yaakob yang mengambil alih pentadbiran negara selepasnya, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan

Ia susulan dakwaan Muhyiddin berhubung ketidakprihatinan perdana menteri terhadap isu kejatuhan nilai ringgit.

Shahril berkata, beliau mengakui ringgit menyusut berbanding dolar US namun menegaskan kedudukan ringgit lebih kukuh berbanding pound British, yen Jepun, won Korea Selatan dan beberapa mata wang utama lain.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Muhyiddin mempunyai idea yang lebih baik dalam membantu memulihkan kewangan negara.

β€œHendak tambat mata wang? Hendak buat β€˜capital controls’? Hendak pakai rizab antarabangsa kita? Kalau ya, cakap la. Dah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post