
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin digesa untuk ‘cermin diri’ terlebih dahulu sebelum melemparkan label kegagalan terhadap Ismail Sabri Yaakob yang mengambil alih pentadbiran negara selepasnya, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan
Ia susulan dakwaan Muhyiddin berhubung ketidakprihatinan perdana menteri terhadap isu kejatuhan nilai ringgit.
Shahril berkata, beliau mengakui ringgit menyusut berbanding dolar US namun menegaskan kedudukan ringgit lebih kukuh berbanding pound British, yen Jepun, won Korea Selatan dan beberapa mata wang utama lain.
Beliau turut mempersoalkan sama ada Muhyiddin mempunyai idea yang lebih baik dalam membantu memulihkan kewangan negara.
“Hendak tambat mata wang? Hendak buat ‘capital controls’? Hendak pakai rizab antarabangsa kita? Kalau ya, cakap la. Dah…