Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ceroboh bilik hotel wanita, bekas kapten Harimau Malaya mengaku tak salah

today10 July 2023

Background


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Kelana Jaya pada 21 Jun lalu.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan Ahmad Shahrul Azhar Sofian diikat jamin RM2,000. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menceroboh bilik hotel kenalan wanitanya bulan lalu.

Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bekas pemain Perak itu didakwa menceroboh bilik seorang wanita berusia 36 tahun di sebuah hotel di Kelana Jaya pada 6 petang 21 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Zhafran menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 18 Sept.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post