
KUANTAN: Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub yang dipercayai diceroboh bagi penanaman durian Musang King, baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata setakat ini pihaknya mengenal pasti kira-kira 20 individu termasuk seorang wakil rakyat bagi membantu siasatan.
“Polis dalam proses melengkapkan siasatan sebelum tindakan lanjut diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.
Selasa lalu, dua individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai menceroboh kawasan berkenaan dan berlaku provokasi serta sekatan ketika membawa keluar mereka dari lokasi tersebut.
Yahaya berkata, tiga lelaki termasuk…