Site icon Hot FM

Charles Santiago dilantik semula pengerusi SPAN


Pelantikan bekas Ahli Parlimen Klang itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dalam satu kenyataan.

Charles Santiago pernah memegang jawatan yang sama ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dari Nov 2018 hingga April 2020.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sekali lagi dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

SPAN dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Santiago itu berkuatkuasa pada 20 Mac lalu dan penyerahan watikah selaku pengerusi baharu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Pelantikan Santiago secara amnya melengkapkan kepimpinan anggota suruhanjaya baharu SPAN untuk penggal 2023 hingga 2025,” katanya kenyataan itu.

Bekas Ahli Parlimen DAP itu pernah memegang jawatan yang sama ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dari Nov 2018 hingga April 2020.

FMT cuba menghubungi Santiago untuk mendapatkan komen.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version