
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Kelantan mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi akan bertanding wakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob berkata, berkata BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana dianggap sebagai calon boleh menang.
“Teka-teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila Che Abdullah bersetuju dengan tawaran yang diberikan.
“Malah, akar umbi Umno Tumpat juga menerima baik kehadiran Che Abdullah,” katanya menurut Berita Harian.
Ahmad Jazlan berkata, pihaknya akan memberikan saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.
“Kita akui menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan…