Kembalinya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermaksud kembalinya juga aktiviti kegemaran rakyat Malaysia untuk tempoh sama sepanjang tahun lalu iaitu- memasak atau menonton rancangan masakan di YouTube.
Jika anda masih ingat pada tahun lalu, ramai dalam kalangan kita yang mula mengenali personaliti-personaliti masakan yang baru seperti Che Nom selain daripada Sugu Pavithra yang mana perkongsian mereka ini dijadikan rujukan kita semua dalam berekperimentasi di dapur.

