Pelakon jelita, Rozita Che Wan mendedahkan bakal menghantar rombangan merisik untuk anak sulungnya, Ammar Effendy, 28.
Menerusi temu bual bersama portal hiburan, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta memaklumkan bakal menantunya itu tidak mempunyai sebarang akaun media sosial selain berusia lingkungan 20-an.
Mengaku berasa sedikit berdebar menjelang hari merisik, Che Ta berharap anaknya itu dikurniakan kebahagian apatah lagi calon isterinya berasal dari keluarga yang mementingkan agama.
“Kita nak merisik minggu depan. memang rasa berdebar, sebab sebelum ni kalau kita solat kita doakan kebaikan anak-anak lepasni kena doakan kebahagiaan rumah tangga dan dapat jodoh yang terbaik untuk dia.
“Saya sebagai ibu gembira untuk dia (Ammar). Saya tidak kisah siapa pun dia pilih siapa asalkan anak-anak bahagia. Lagipun dia bukan jenis yang main sosial media,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta yang popular menerusi drama Kak Mar berkata, dia bersyukur kerana calon menantunya itu adalah seorang wanita yang simple.
Malah, walaupun baru dua kali bertemu calon menantunya, dia yakin wanita lulusan universiti itu mempunyai keperibadian baik.
“Saya terima dia sebagai menantu bukan sebab bertudung tapi apabila dapat yang sudah bertudung itu lebih mudah.
“Ammar sebagai suami yang perlu mendidik jika wanita itu tidak bertudung untuk menjadi lebih baik.
“Dia juga sangat simple, contohnya bila makan kita suruh dia order, dia akan order satu dish je. So, maknanya dari situ kit aboleh nampak dia seorang yang sangat simple. Lepastu, macam cincin saya ada beritahu anak saya minta dia beli apa yang dia suka sebab dia yang akan pakai for the whole of her life, jadi masa tengok cincin dia pilih tu pun, sangat simple,” jelasnya.
View this post on Instagram
Selain itu, Che Ta berharap agar peminat sentiasa mendoakan majlis yang bakal berlangsung itu berjalan dengan lancar.
Untuk info, selain Ammar , Che Ta juga mempunyai dua lagi anak iaitu, Aniq Ezzra dan Aisyah Dhia Rana.
Sumber: OfficialHlive