Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Che Ta Teringin Untuk Hamil Lagi???

today24 October 2018

Background

Sesiapa sahaja yang menatap wajah pelakon, Rozita Che Wan mesti akan terpukau dengan kecantikkanΒ yang dimilikinya sehingga boleh membuatkan kita cukup kagum dengan wanita seorang ini.

Baru-baru ini, pelakon yang cukup sinonim dengan pemakaian bulu mata palsu ini ada meluahkan keinginannya untuk kembali hamil, menerusi laman Instagram miliknya.

Wah, mesti ramai yang teruja kalau Che Ta hamil lagi kan? Tambah-tambah kalau dapat anak lelaki, mesti kacak seperti ayahnya!

Namun menurut Che Ta, faktor umur menyebabkan dia perlu berfikir masak-masak sebelum membuat sebarang keputusan.

“Bukan tak teqingin nak beqanak lg , tapi dh tua2 ni tk laqat la nak dok berligan anak kecik? laqi alignments ?” ujarnya.

Dalam pada itu, Che Ta juga secara berjenaka memberitahu dia tidak larat untuk melayan kerenah anak kecil yang lazimnya cukup aktif kerana risau alignment nya lari!

Ya lah, Che Ta kan seorang yang amat mementingkan gaya personaliti dan kesihatan, haruslah kekal cantik.

Apa pun, tak salah kalau Che Ta berhasrat untuk hamil lagi asalkan tidak membahayakan kesihatan dirinya dan juga bayi dalam kandungan, betul tak?

Rozita dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan pasangan itu dikurniakan seorang puteri perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia tiga tahun.

Written by: Jay


Previous post

Hang Omar Timor

Hot Selebriti musim ke-2

Kenapa dengan Hang Omar Timor ni? Tidur tak lena, makan tak kenyang, tengok TV pun mengeluh. Macam ada sesuatu je. Cuba korang baca komik digital Hang Omar Timor nih! Mungkin boleh tahu apa sebenarnya yang buat Hang Omar Timor ni frust semacam.

today24 October 2018