
JOHOR BAHRU: DAP mengumumkan bahawa Fatin Zulaikha Zaidi akan bertanding di kerusi Parlimen Mersing pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) manakala Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong akan bertanding di Iskandar Puteri, kerusi lama pemimpin veteran parti Lim Kit Siang.
Berasal dari Johor Bahru, Fatin Zulaikha, 29, merupakan pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung sejak 2018 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Politik dan Pemerintahan).
Mengumumkan perkara itu dalam majlis pengumuman calon di Skudai malam ini, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, Fatin Zulaikha ialah calon wanita Melayu ketiga yang ditampilkan parti itu untuk bertanding pada PRU15 selepas Young Syefura Othman (Bentong) dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).
Liew yang juga…