
Malaysia melihat China bukan sahaja sebagai rakan ekonomi utama, malah sebagai rakan strategik dalam memacu pembangunan mampan dan berdaya tahan di rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, Malaysia mengalu-alukan penglibatan lebih mendalam dengan China dalam pelaburan hijau, inovasi dan pemindahan teknologi yang menyokong tindakan iklim sambil mewujudkan peluang ekonomi bermakna kepada rakyat.
“Satu bidang kerjasama yang semakin berkembang ialah tenaga hijau dan ekonomi hijau.
“Memandangkan Malaysia dan China sama-sama mengejar pembangunan rendah karbon dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim, kerjasama dalam tenaga boleh baharu, mobiliti elektrik, kecekapan tenaga dan teknologi hijau telah menjadi tonggak utama hubungan dua hala kita,” katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina…