

Dr Chong Fat Full dijangka meletak jawatan sebagai ketua sayap bersekutu Bersatu, manakala bekas speaker Dewan Negara Rais Yatim berundur daripada mengetuai jawatankuasa dalam parti itu susulan pemecatan 17 pemimpin parti, termasuk Timbalan Presiden Hamzah Zainudin.
Chong menjawab ringkas ‘ya’ apabila ditanya sama ada beliau juga akan menyerahkan peletakan jawatannya.
Beliau turut memberitahu FMT bahawa ramai pemimpin sayap itu di peringkat negeri dan bahagian dijangka akan meletak jawatan, ‘dengan gelombang keluar ahli secara besar-besaran dilihat bakal berlaku’.
Semalam, Tan Lek Khang mengumumkan di Facebook peletakan jawatannya sebagai ketua sayap bersekutu Johor dan ketua bahagian sayap bersekutu Labis, serta keluar daripada parti.
Sementara itu,…