
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan menyerahkan laporan kenaikan cukai tanah negeri itu kepada Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook untuk menjelaskan pendiriannya berhubung pertikaian secara terbuka dengan pendahulunya, Lim Guan Eng.
Chow mengucapkan terima kasih kepada Loke kerana campur tangan dan mengatur pertemuan antara beliau dengan Lim dan berjanji akanmematuhi arahannya untuk berhenti berbalah secara terbuka.
“Saya akan sediakan laporan berhubung pelaksanaan kadar cukai tanah baharu yang berkuat kuasa 1 Jan lalu kepada Loke.
“Saya juga akan mematuhi arahan setiausaha agung DAP untuk tidak membincangkan isu ini dalam media bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap parti, kepimpinan dan kerajaan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemilik tanah terjejas masih…