MBPP diarahkan untuk mengolah semula pelan yang dibentangkan tahun lepas itu selepas ia didapati mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan.

GEORGE TOWN: Pelan induk pembangunan Pulau Pinang pertama, yang didapati penuh dengan kesilapan, akan dirangka semula, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Chow berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk mengolah semula pelan itu dan beliau menjangkakan ia akan siap dalam masa “satu hingga dua tahun” akan datang.
“Kami telah mengarahkan MBPP untuk menggugurkan pelan yang dibentangkan tahun lepas, selepas didapati (ia) mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan,” katanya kepada pemberita pada sidang media bersama pengurusan United Hokkien Cemeteries.
“Satu pelan tempatan baharu sedang dibangunkan dan akan mengambil kira bantahan.”
Pelan yang…