
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) bertikam lidah dalam sidang DUN hari ini berhubung tender yang gagal bagi cadangan projek Batu Kawan Industrial Park 2 di Byram.
Pertikaman lidah itu berlaku ketika Chow menggulung perbahasan, sewaktu menjawab soalan berkaitan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Chow berkata PDC memutuskan untuk tidak meneruskan tawaran terdahulu bernilai RM818 juta daripada konsortium IJM-Aspen kerana pembida itu gagal mematuhi lima daripada sembilan syarat utama yang ditetapkan dalam permintaan cadangan (RFP).
Menurutnya, tawaran itu tidak boleh dinilai hanya berdasarkan angka RM818 juta semata-mata kerana konsortium berkenaan turut meletakkan syarat tambahan yang akan membebankan PDC dengan kos yang besar.
Antaranya, kata Chow, pembida yang berjaya sepatutnya membina sebuah jambatan bagi menghubungkan tapak projek itu dengan Batu Kawan…