
PETALING JAYA: Keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bertanding pemilihan DAP bagi merebut tempat dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) menandakan tahap keyakinan beliau, menurut penganalisis.
Menurut Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, Chow sebelum ini kelihatan tidak pasti tentang tahap sokongan kepadanya dalam DAP. Ketidakpastian itu mungkin mempengaruhi keputusannya untuk tidak bertanding pemilihan negeri pada September lalu.
Bagaimanapun, keinginan untuk mempertahankan kerusi CEC menunjukkan Chow kini percaya beliau mempunyai sokongan kuat di Pulau Pinang dan peringkat kebangsaan.

“Kedudukan dalam CEC penting kerana di situ semua keputusan besar untuk DAP dibuat. Saya percaya persepsi beliau tentang sokongan di peringkat kebangsaan mempengaruhi keputusan untuk bertahan dalam CEC,” katanya kepada…