Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Chow tak pasti pertahan jawatan ketua DAP P Pinang

today19 August 2024

Background


chow kon yeow
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow sedang menjalani penggal kedua sebagai ketua menteri. (Gambar Facebook)

GEORGETOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow belum pasti sama ada akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan jawatankuasa negeri September ini.

Chow yang juga naib pengerusi DAP kebangsaan berkata, setiap calon perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya daripada dua cawangan untuk melayakkan mereka bertanding, sambil menambah ketika ini beliau tidak tahu sama ada dicalonkan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih mempunyai masa kerana tarikh tutup penyerahan pencalonan bagi pemilihan DAP Pulau Pinang pada 24 Ogos.

“Soalan itu yang perlu tunggu sedikit masa.

“Saya pun tak tahu dicalonkan atau tidak, (kena) tunggu proses sampai peringkat itu iaitu pada 24 Ogos,” katanya kepada media selepas merasmikan ‘Food Bayana’ di Bayan Lepas.

Lazimnya pengerusi DAP negeri akan memegang jawatan ketua menteri.

Bagaimanapun, kaedah itu tidak diikuti apabila Lim Guan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar