Tular sebuah video yang dikongsi oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) apabila dua orang pembantu rumahnya telah melarikan diri.
Insiden tersebut telah membuatkan anak DSV, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen menyindir tindakan pembantu rumahnya itu di Twitter.
Bibik saya sanggup lari dari rumah mewah, rentasi dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi semata mata kerana lelaki, harap harap dia appreciate effort bibik.
— cikb havoc (@HavocCikb) June 14, 2023
“Bibik saya sanggup lari dari rumah mewah, rentasi dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi semata-mata kerana lelaki, harap-harap dia appreciate effort bibik,” ciap Cik B di Twitter.
Difahamkan, pembantu rumahnya itu dikatakan lari dari rumah dan sanggup memanjat pagar kawad besi yang tinggi di rumahnya semata-mata untuk mengikut teman lelaki.
Rata-rata netizen terhibur dan meninggalkan ruangan komen di bahagian ‘replies’ ciapan cik B tersebut.
“Tu maksudnya bibik Cik B dah angau.
“Inilah dikatakan cinta itu kekuatan.
“Dah macam cerita mission impossible Cik B,” ciap netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berseloroh dengan menawarkan diri untuk menjadi pembantu baharu di rumah mereka.