Fenomena pickleball yang semakin mendapat tempat di Malaysia turut menarik perhatian ahli kumpulan DeFam, Cik Manggis, yang menjadikan sukan itu sebagai rutin penting dalam kehidupannya demi menjaga kesihatan serta kekal aktif.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Paling Bahagia Sekali’ – Peminat Puji Penghijrahan Cik Manggis Berhijab Sepenuhnya
Artikel Berkaitan: ‘De Fam Ada Etika Pemakaian Yang Ditetapkan, Sebagai Muslim Kami Tahu Apa Boleh Pakai’ – Azira Shafinaz
Ambil jurulatih

Menurut Cik Manggis, 36, dia mula melibatkan diri dengan pickleball sekitar Oktober tahun lalu dan kini sudah genap setahun.
Kesungguhan itu diperkukuhkan lagi apabila Cik Manggis mula menjalani latihan bersama jurulatih profesional sejak bulan Januari.
Saya memang mula bermain sekitar Oktober tahun lepas. Bila dah setahun, saya rasa perlu lebih fokus, sebab itu saya ambil jurulatih sejak Januari.
Dedah pemilik nama Nurshazwani Shamsuddin, kecenderungannya terhadap aktiviti fizikal sudah terbentuk sejak di…