
PETALING JAYA: Guru yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sistem pendidikan negara, Mohd Fadli Salleh menjelaskan keputusannya bersara awal bukan kerana kecewa dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Fadli berkata keputusan itu dibuat kerana “terlalu sayangkan KPM dan tidak mahu menjadi tetamu yang biadab”.
“Sedikit pencerahan. Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM. Bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan. Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.
“Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Fadli, 41, mengumumkan perkara itu di Facebook berserta gambar majlis…