Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Cikgu Fadli Mohon Maaf Kepada Caprice – “Bukan Tujuan Nak Sombong Atau…”

today18 October 2022

Background

Media sosial kini hangat diperkatakan tentang isu Cikgu Fadli Salleh yang dikatakan bakal dikenakan tindakan tatatertib gara-gara lantang bersuara mengenai isu pendidikan negara sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah penyanyi rap, Caprice.

Caprice yang sering mengulas pelbagai isu hangat turut tidak ketinggalan untuk cuba mengulas isu panas itu namun Cikgu Fadli memberitahu enggan melayan permintaan penyanyi rap sensasi itu.

Dek kerana permintaan tidak dilayan, Caprice berasa tersinggung dengan kenyataan Cikgu Fadli dan mengatakan dia tidak meminta untuk dilayan.

ARTIKEL BERKAITAN: “The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Terbaharu, Fadli memuat naik satu hantaran yang menjelaskan kenyataanya sebelum ini dan memohon maaf kepada Caprice.

“Pertama sekali nak cakap, aku minta maaf. Bukan tujuan nak sombong atau benci ke apa.

“Tapi kalau kau follow penulisan aku, kau akan tahu akau tak layan semua pihak termasuk menteri , ahli politik, aktivis lain yang cuba heret aku masuk bersama atas pentas mereka.

“Aku cuba elak orang salah guna akhirnya akan menjerat diri aku balik. Fahm kan?,” tulisnya.

Guru Matematik itu juga berterima kasih kepada Caprice kerana menyokong tindakannya serta berharap semua pihak tidak menjadi batu api.

“Apa pun Cap, terima kasihlah atas sokongan. Tahniah ambil berat juga isu pendidikan.

“Dan kepada kawan-kawan dan followers, tak payah la lagi jadi batu api dan panaskan isu ini. Cap ada followers dia tersendiri yang sentiasa sokong apa kerja dia buat,” jelasnya.

Sebelum ini, Fadli mendakwa beliau berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Keputusan tata tertib membabitkan Fadli akan diketahui hari ini selepas diserahkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan kepada ketua jabatan guru Matematik berkenaan.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Written by: Aqilah