Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan seorang cikgu lelaki yang mengajar murid tahun satu mengenali abjad menggunakan lagu yang sedang trending di TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh HaiQal HasMan, kelihatan cikgu tersebut gigih menyanyikan abjad ‘U’, ‘I’, dan ‘A’ mengikut lagu viral itu.
Apa yang mencuri perhatian adalah ternyata teknik pengajaran tersebut berkesan dan anak-anak muridnya faham akan apa yang diajar oleh cikgu itu.
