
KUALA LUMPUR: Secara umumnya, kebanyakan orang hanya mampu mengenal pasti beberapa bendera negara lain, namun Aavyn Eliseus Ng, yang belum mencecah usia 3 tahun, sudah mengenali lebih 130 bendera.
Pada 3 Ogos lepas, si cilik ini diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) kerana atas pencapaiannya “mengenal pasti paling banyak bendera antarabangsa oleh seorang anak usia tatih.”
Ketika ditemui FMT Lifestyle, kanak-kanak comel yang bakal menyambut hari lahirnya yang ketiga pada November menunjukkan kemampuannya dengan mudah mengenali bendera negara-negara yang mungkin tidak pernah didengari ramai rakyat Malaysia seperti Vanuatu, Eritrea dan Saint Vincent and the Grenadines. Aavyn juga tiada masalah mengenal pasti setiap bendera negeri Malaysia.
Ibunya Erica Ng, 33, berkata beliau pertama kali menyedari bakat unik…