Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Cincin Tersangkut Di Kemaluan, Hospital Terpaksa Call Bomba Untuk Tolong Lelaki 37 Tahun

today9 September 2024

Background


Menurut laporan Berita Harian, pihak hospital terpaksa menghubungi bomba bagi mengeluarkan cincin tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, panggilan diterima daripada pihak hospital pada jam 9.14 pagi sewaktu pihak hospital sedang berusaha mengeluarkan cincin dari kemaluan lelaki berusia 37 tahun berkenaan.

Menurutnya, operasi yang berlangsung di Unit Kecemasan HRPB itu mengambil masa 15 minit kerana mengalami sedikit kesukaran.

“Panggilan khidmat khas bantuan itu diterima daripada pihak HRPB bagi memotong cincin pada alat sulit lelaki itu. Setiba di lokasi didapati seorang lelaki tersangkut cincin besi pada kemaluannya.

“Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong cincin itu menggunakan peralatan khas kerana besinya agak tebal,” katanya.

Terdahulu, tindakan seorang lelaki berusia 37 tahun menyarungkan cincin pada kemaluannya mengundang padah apabila aksesori tersebut tidak dapat ditanggalkan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post