Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Cinta Kembali Mekar, Sufian Suhaimi Rancang Kahwin Tanpa Lalui Fasa Pertunangan

today24 January 2025

Background

Penyanyi, Sufian Suhaimi mendedahkan hubungan cinta bersama wanita dikenali sebagai Rania Al Sadat telah kembali bertaut.

Memetik laporan Harian Metro, selebriti berusia 33 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan kekasih hatinya itu.

“Ya, kami sudah kembali bersama. Status sekarang dia kekasih saya. Tak berani nak cakap bila berbaik tapi nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan baik-baik buat kami.

“Insya-Allah kalau jodoh sudah sampai saya akan berkahwin,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu popular Di Matamu ini merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Rania tanpa bertunang.

“Mungkin selepas ini saya terus berkahwin tiada majlis tunang. Tapi tak tahu lagi tahun ini atau bila, tapi Insya-Allah doakan saya.

Written by: Salma


Previous post