Menurut penemuduga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, sebelum ini, paling ramai adalah dua pelajar yang diterima masuk setiap tahun dan ada tahun tiada langsung.
“Kami sangat teruja kerana enam pelajar Malaysia ini telah memecahkan rekod jumlah paling ramai diterima masuk ke Harvard College dalam tempoh satu tahun,” katanya.
Ketika menggambarkan kualiti pelajar-pelajar tersebut, Wan Nadiah berkata, kesemua mereka mempamerkan kualiti cemerlang termasuk di luar bidang akademik.
“Ia termasuk terlibat dalam kejohanan antarabangsa astrofizik dan astronomi, bermain alat muzik “double bass” untuk orkestra sekolah, mempunyai minat terhadap bahasa dan karaoke Kadazan, mewakili Malaysia dalam pertandingan debat serta terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar dan kedermawanan. Malah, salah seorang pelajar terpilih, Ishant pula adalah pemain skuasy negara.
“Semua mereka semua berkongsi dedikasi untuk mengecapi kecemerlangan dalam…