Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Comel Je Gelagat Anak Eyra Hazali Merengek Nak Gift Lion!

today9 November 2022

Background

Anak kepada pelakon Eyra Hazali, Hayder Qhalish sekali lagi mencuri tumpuan warganet dengan telatah comelnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @waaa., gelagat Hayder yang merengek meminta ‘lion’ dari bapanya, Haziq Nadzli telah mengundang ketawa ramai.

@perempuan.mulia Rezeki ya dapat banyak gift dari tokmat. Hayder minta lion lagi, terus dapat . Papanya yang happy teruks 🀣 #hayderqhalish #eyrahazali #haziqnadzli #fyp ♬ original sound – Waaa.

Lebih-lebih lagi apabila dia sudah menerima dua ‘lion’ sebelum itu daripada salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Tok Mat.

Masih tidak berpuas hati, Hayder merengek dan menangis meminta lagi sehingga akhirnya Tok Mat sekali lagi menghadiahkannya ‘lion’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan teruja melihat Hayder mendapat gift yang dia inginkan.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa Tok Mat suka dengan kecomelan Hayder sehingga sanggup menghadiahkannya tiga ‘lion’ sebagai gift.

Written by: Salma