Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Comel Sangat Wajah Baby Kedua Elfira Loy Sampai Ada Peminat Minta Hamil Lagi

today20 September 2022

Background

Pelakon jelita, Elfira Loy berkongsi foto terkini anak keduanya, Nur Aria Mikayla, baru-baru ini dan ia telah meraih perhatian pengikutnya.

Foto perkembangan terkini Aria yang kini berusia empat bulan mencuit hati ramai pihak yang β€˜geram’ melihat wajah comelnya itu.

Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Faris Khairol Anuar pada 2019 adalah pasangan suami isteri sama cantik sama padan.

Dek kerana itu, ada dalam kalangan netizen yang meminta Elfira untuk hamil sekali lagi untuk menambah bilangan individu berwajah segak dan cantik.

β€œBeranak lagi El. Cantik, handsome ni perlukan pewaris,” tulis netizen berkenaan.

Dalam pada itu menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang β€˜cair’ melihat senyuman Aria hingga berjaya menambat hati semua.

Written by: Aqilah


Previous post