Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Comel! Telatah Romantik Yusuf Iskandar Layan Kawan Perempuan Buat Peminat 'Melting'

today7 February 2019

Background

Baru-baru ini anak kepada selebriti terkenal Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, iaitu Yusuf Iskandar telah mencuri perhatian netizen sekali lagi dengan telatah comelnya.

Menerusi laman Instagram, Hanis berjaya merakam aksi Yusuf yang sedang melayani seorang kawan perempuan dengan begitu sopan dan lemah lembut.
https://www.instagram.com/p/BtYYg3ehltJ/
Cara Yusuf yang memanggil kawan perempuannya dengan gelaran “princess” dianggap begitu gentlemen sekaligus telah memikat hati ramai gadis dan para ibu di laman sosial.

Dalam pada itu, Hairul sendiri mengakui terhibur dengan telatah puteranya itu yang sudah pandai memikat hati perempuan.

“Cukup la daddy je buat surprise untuk mummy YUSUF!!! hahahahah,” tulisnya di ruangan komen.

Rata-rata pengikut Hanis di laman Instagram juga turut menyifatkan gaya sopan Yusuf itu mungkin dipengaruhi oleh cara Hairul melayani Hanis selama ini.

Wow, you are so romantic Yusuf!

Written by: Jay


Previous post