Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Comelnya Gelagat Kanak-Kanak Ini Excited Jumpa Cik B Ketika Tengok Perlawanan Bola Sepak

today25 July 2023

Background

Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida atau DSV, Cik B tampil berkongsi momen apabila seorang kanak-kanak teruja bertemu dengannya ketika menonton perlawanan bola sepak di stadium, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Cik B menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, kanak-kanak itu tidak berhenti-henti menjerit dan memanggil namanya.

Terhibur dengan situasi itu, ibunya, DSV turut menjerit memanggil anaknya sekali gus membuatkan ramai yang geli hati.

“Comellah adik ni sokong Cik B,” tulisnya.

@cikb_havoc Comellah adik ni sokong Cik B #jdtvskl #tiktokmalaysia ♬ original sound – cikb_havoc66

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang turut terhibur dengan situasi itu.

Written by: Salma


Previous post