Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa akhirnya mendedahkan wajah puteri sulungnya, Imane Lunara selepas lebih sebulan dilahirkan iaitu pada 15 Disember 2024.
Intan memuat naik beberapa foto memaparkan anaknya itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya meraih perhatian ramai yang memuji kecomelan anaknya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mendoakan agar puteri comelnya itu membesar dalam keadaan sihat, selain menjadi anak yang solehah.
Malah, ramai juga yang bersetuju bahawa wajah Imane Lunara saling tidak tumpah persis seperti suami tercinta Intan, iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman.
Sekadar info, Intan dan Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.