Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Comelnya Nadhir Nasar Pujuk Budak Lelaki Merajuk

today19 January 2025

Background

Gelagat comel seorang kanak-kanak lelaki yang merajuk kerana menunggu pelakon, Nadhir Nasar terlalu lama sejak jam tujuh pagi di sebuah acara larian #MalaysiaBreakfastDay pada Ahad, mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video tular, aktor itu kemudian datang kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Arash yang ketika itu sudah terbaring di tengah jalan.

“Daripada dia good mood happy-happy pukul tujuh pagi nampak Cikgu Hiragi (watak Nadhir), tunggu lama nak bergambar sebab Nadhir kena kibar flag Milo sampai semua runner lepas starting line.

“Nadhir datang dia terus kejung sampai lembik kaki,” tulis ibunya, Syafina Redzuan di TikTok.

@syafiniredzuan

Daripada dia good mood happy2 pukul 7 pagi nampak Cikgu Hiragi, tunggu lama nak bergambar sebab Cikgu Hiragi kena kibar flag Milo sampai semua runner lepas starting line terus member moody laaaa sampai terbaring 🤣 Cikgu Hiragi datang kat dia terus kejung member sampai lembik kaki 😆 #nadhirnasar #nadhirnasarmilo #milo #malaysiabreakfastday2025

♬ original sound – Syafini Redzuan – Syafini Redzuan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan momen Nadhir memujuk Arash yang dipuji comel itu.

@anistaqwa

#nadhirnasar #MBD #milobreakfastday

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

Written by: Aqilah


Previous post