Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Comelnya Raja Urhan! Tampil Sedondon Hitam, Uyaina Arshad & Raja Syahiran Kongsi Wajah Anak

today28 October 2022

Background

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya bersama suami, penyanyi Raja Syahiran.

Menerusi muat naik di laman Instagram, Uyaina berkongsi foto dia dan suami memangku putera sulung mereka, Raja Urhan.

Lengkap mengenakan busana sedondon serba hitam, Uyaina menitipkan doa agar permata hatinya itu sentiasa berada dalam rahmat yang maha Esa.

“Akhirnya sempurna.

“Raja Urhan bin Raja Syahiran.

“Cahaya mata pertama kami. Kebanggaan kami. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya, anakku.

“Mama Baba love you so much,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 8 September lalu melalui proses pembedahan.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021.

Tinjauan Hot FM di ruangan komen mendapati rata-rata peminat memuji kecomelan Raja Urhan malah mendoakan agar anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapanya.

 

Written by: Aqilah