Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Comelnya Wajah Baby Boy… Sipi-Sipi Je Mira Filzah Kongsi!

today22 June 2022

Background

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah seakan mendedahkan wajah putera sulungnya, Wan Khair Amir menerusi sekeping gambar dan ia telah meraih perhatian pengikutnya yang tertumpu pada anak kecil itu.

Perkongsian tersebut dimuat naik dalam akaun Instagaram miliknya sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad lalu.

Wajah anak Mira yang berusia sebulan lebih itu masih belum didedahkan sepenuhnya kepada umum.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen teruja melihat raut wajah Amir, meskipun dari belah tepi sahaja.

Rata-rata netizen berkata wajah Amir itu saling tidak tumpah seperti ibunya, aktres Pujaan Hati Kanda.

Untuk rekod, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar selamat mendirikan rumah tangga 2 September 2020, Mira selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 10 Mei lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Written by: Salma