
PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mencadangkan kerajaan mencontohi negara maju seperti Korea Selatan dan England yang memperkenalkan pendidikan sekolah rendah bermula seawal 5 tahun berbanding 7 tahun kini.
Anuar Ahmad berkata murid di negara itu pada usia berkenaan didedahkan pembelajaran tidak formal dan santai yang memudahkan merangsang penguasaan 3M (membaca, mengira dan menulis).
“Di Korea Selatan, umur 11 tahun tamat sekolah rendah manakala England pula 10 tahun. Ini selari dengan panduan Unesco dan Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) supaya umur 10 tahun adalah had umur maksimum untuk penguasaan 3M.
“Di Malaysia, kanak-kanak umur 12 tahun baru tamat sekolah rendah,” kata pensyarah kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu di Facebook.

Anuar berkata perkembangan itu menunjukkan negara maju fokus kepada pendidikan awal…