
PETALING JAYA: Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menggesa Selangor mencontohi Pulau Pinang menawarkan potongan sehingga 80% untuk melanjutkan hak milik pajakan hartanah komersial.
Ini antara cadangan HBA untuk menangani masalah pemilik kedai di Petaling Jaya Old Town yang diminta mengeluarkan hampir RM1 juta bagi melanjutkan pajakan mereka.
Setiausaha Agung HBA, Chang Kim Loong, berkata Pulau Pinang mula menawarkan diskaun 50% hingga 80% ke atas premium untuk melanjutkan pajakan hartanah komersial tahun lalu.
Beliau menggesa kerajaan Selangor mengenakan bayaran nominal RM5,000 untuk pembaharuan atau mencontohi skim diskaun Pulau Pinang berdasarkan nilai pasaran semasa hartanah.
Katanya, ini munasabah memandangkan Selangor membenarkan penduduk PJ Old Town…